|
Written by SMKAJ
|
|
Thursday, 19 August 2004 |
Sejarah SMKAJ bermula pada awal 1965 apabila bermulanya kelas Darjah Menengah menumpang di tiga buah sekolah Kebangsaan iaitu: a. Sekolah Kebangsaan Ulu Langat b. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua c. Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi Pada 8 Januari 1968, sebanyak 233 orang pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 Darjah Menengah tersebut telah ditempatkan di sebuah blok bangunan sendiri yang dinamakan Sekolah Menengah Ulu Langat (SMKUL) yang dibina di atas tapak seluas 3 ekar. Sejak dari tarikh di atas SMKUL merupakan sekolah menengah yang menampung pelajar-pelajar lepasan darjah enam daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di Mukim Hulu Langat iaitu; a. Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali b. Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi c. Sekolah Kebangsaan Sungai Lui d. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua e. Sekolah Kebangsaan Hulu Langat (kini digelar SK Tun Abdul Aziz Majid) f. Sekolah Kebangsaan Pomson g. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu 9 h. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu 14 i. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu 18 1 Jun 1976, sekolah ini yang terdiri daripada 3 blok bangunan, telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Dato' Hormat Bin Rafee DPMS, SMS, JMN, AMN iaitu Menteri Besar Selangor dengan nama baru iaitu "SEKOLAH MENENGAH ABDUL JALIL' (SMAJ) 13 mei 1991, YAB Dato' Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu, telah merasmikan dua blok bangunan tambahan. Ini menjadikan SMAJ lebih besar dan selesa dengan lima blok bangunan kesemuanya. Pada tahun 1998, sekali lagi sekolah ini bertukar nama kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL (SMKAJ) atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia
Visi dan Misi SMK Abdul Jalil
Visi
SEKOLAH CEMERLANG 2010 Tema: SMKAJ CEMERLANG KESAYANGAN WARGANYA KEBANGGAAN MASYARAKATNYA
Misi 1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi: -Akhlak -Akademik -Kokurikulum 2. Melahirkan pelajar-pelajar yang: -Patuh kepada agama -Bertanggungjawab -Berdisiplin -Bersuwadaya -Berketerampilan -Prihatin -Mempunyai Ketahanan diri -Menghormati ibu bapa dan guru 3. Mewujudkan persekitaran sekolah yang: -Selamat -Ceria -Bersih -Indah -Aman.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH
MENDIDIK DAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERILMU, BERAKHLAK MULIA, CERGAS DAN SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK SESUAI DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Lencana
Cogankata: Cergas, Berdisiplin dan Dihormati Warna Biru: Lambang kesetiaan , kecintaan dan kekuatan setiap pelajar kepada sekolah. Obor: Lambang cahaya keilmuan dan pencinta kebenaran. Lima Bulatan: Menunjukkan semangat kesukanan dan olahraga.. Buku dan Topi Konvokesyen: Melambangkan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Jalur-jalur Putih, Biru Tua dan Kuning: Melambangkan bersih, setia dan dihormati.
Lagu Sekolah Sekolah Menengah Abdul Jalil Mendukung cita-cita Belajar, berusaha bekerja Berdisiplin setiap masa Tuntut ilmu bersopan Setia semangat waja Hormat mulia berbudi Gema negara Guru dan ibu bapa Sekolah Menengah Abdul Jalil Mendukung cita-cita Belajar, berusaha bekerja Berdisiplin setiap masa Muzik oleh: Nazri Ahmad JA Lirik oleh: Adnan Kamis
|
|
Last Updated ( Thursday, 08 May 2008 )
|