Sejarah Proton

PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL BERHAD atau PROTON adalah pengeluar kereta pertama

Malaysia yang telah ditubuhkan pada 7hb mei 1983. Idea itu telah diasaskan pada tahun 1981 oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad ketika beliau menerima lawatan dari presiden Mitsubishi dari Jepun.

 saga2.jpg

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu seorang tentera bersara memilih nama “Saga” kerana biji saga amat mudah didapati di

Malaysia
.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah

United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai kenderaan gas asli. Di

UK
, model Iswara pula menggunakan sistem suntikan bahan api dan penukar bermangkin serta dinamakan sebagai Proton MPi.

Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej sporty dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, tolok bahan api serta odometer. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.

Proton Saga yang pada masa sekarang ini masih berasaskan Mitsubishi akan digantikan dengan model pengganti yang direka semula, dikenali dengan nama kod Proton BLM. Buat masa ini masih belum diketahui adakah ia menggantikan sepenuhnya barisan model Saga ataupun ia menjadi model generasi baru Proton SagaProton Wira, juga dikenali sebagai Proton Persona di sebilangan negara. Model ini yang diperkenalkan pada tahun 1993 berasaskan kereta Mitsubishi Lancer/Colt. Antara tahun 1996 dan 1998, model ini telah mencapai jualan sebanyak 220,000 unit, dan merupakan model yang amat popular di Malaysia.Proton Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang. Nama Satria yang bermaksud “pahlawan diraja” dalam Bahasa Melayu dipilih bagi menampilkan rasa sporty bagi kereta ini.proton-satria-gti-review-1-big.jpg 

Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin Mistubishi Orion yang turut digunakan dalam Proton Saga dan Proton Wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin Mitsubishi 4G9 yang juga digunakan pada Proton Wira 1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transmisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-        Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di

Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.        Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.Proton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual serta transmisi automatik.

Proton Wira adalah berasaskan ciri-ciri mitsubishi mirage.

 Proton Perdana berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.

 perdana_big.jpg

Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit

Leave a Reply